BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, May 12, 2010

:: bErSaMa-SaMa TeMaN ::

bersama Cik Kiot, Cik Yat (baju purple), Cik Lilis n Cik Nurul.
Location: Foyer Kolej Ibrahim Yaakub, UKM

Mode: Gembira...tp awat Cik Izah 2 pndang bawah( confius)



bersama Cik Ita (baju Hitam) n Cik Yana(Baju Pink)
Location: Foyer Cafe Kolej Aminudin Baki, UKM

Mode: senyum sokmo wlpn tesis lum siap lg time ni.....hehe...rindu lak time ni...


bersama Cik Isam (tudung warna hijau), Puan Juli ( pengantin), Cik Yan (tudung hitam), Cik Ica (tudung biru), Cik Zura (tudung putih biru)..
Location: Juli's House

Mode: gembira meraikan kawanku yang sudah bergelar isteri orang...huhu


bersama Cik Kiot( baju putih hitam) n Cik Nurul (naju Merah)
Location: Times Square

mode: best lame x jumpe....still cam dlu* kecoh* ble bersama...hehe


bersama Cik Iz....
Location: i-City Shah Alam

Mode: best g tgk lampu2 walaupun mata ku dah mula mengantuk time ni...tq Cik Iz bawa ku pergi bersama..



bersama Cik Afrah (baju kuning), Puan Haizy(bersama anaknya) Cik Haziah(tudung purple),
Puan Khanita(tudung Pink Hitam), Puan Mazidah (tudung jalur), Cik Idayu (baju hitam), Cik Sri (baju purple pakai spek), Puan Ana (tudung hitam baju putih) n Puan Hidayah 9tudung hitam baju purple)
Location: Yati's House (Yati' Weeding)

Mode: meriahnye...ramai yang dah bergelar PUAN...hehe...yg tudung putih 2 entah ble la agaknya ye.....tgu....



nota bawahan:banyak lg gambar bersama my fren ni....tp tgu la entri seterusnya...

Tuesday, May 11, 2010

Nama Syaitan Dalam Al-Fatihah – Mustahak



Assalamualaikum

Semoga boleh dimanfaatkan Al-Fatihah adalah satu rukun dalam solat,
apabila cacat bacaannya maka rosaklah solat. Oleh itu perbaikilah
bacaannya dengan ilmu tajwid. Bukan setakat bacaannya saja rosak malah
kita menyebut nama syaitan di dalam solat kita. Berikut diperturunkan
nama syaitan laknat yang wujud didalam Al-Fatihah, sekiranya kita tidak
berhati-hati.

Nama syaitan

1. DU LI LAH (bila dibaca tiada sabdu)sepatutnya DULILLAH

2. HIR ROB (bila dibaca dengan sabdu)sepatutnya HI ROB

3. KIYYAU (bila dibaca dengan sabdu)sepatutnya KI YAU

4. KANNAK (bila dibaca dengan sabdu)sepatutnya KA NAK

5. KANNAS (bila dibaca dengan sabdu)sepatutnya KA NAS

6) Iya (disebut tanpa sabdu) sepatutnya Iyya. Iya bermaksud ‘matahari’

Dalam ayat ke 5,jika salah bacaannya akan bermaksud “kepada
mataharilah yang kami sembah dan kepada matahari kami meminta
pertolongan”!!!!

7) SIROTHOLLAZI…………. sehingga habis hendaklah dibaca tanpa
henti di AN-"AMTA-"ALAIYHIM, yakni bermula dari SIROOTHOLLADZII sehingga WALADDHOOOOLLIIIINN. Contoh seperti bacaan Al-Fatihah yang dibaca oleh Syeikh Misyari di side banner sebelah kanan itu.

8) AMIN hendaklah mengaminkan Al-Fatihah dengan betul
iaitu AA…dua harakat, MIN…. 3 harakat, semoga Amin kita
bersamaan dengan Amin malaikat Insya-Allah. semoga kita menjadi
orang yang sentiasa membaiki bacaannya.

Perhatian :

Sebarkan hukum Allah walaupun satu ayat semoga kita mendapat
rahmatNya,

Insya-Allah.

wassalam.


sumber: http://www.omaq.org

Thursday, May 6, 2010

Cara berhadapan dengan org yang sakit hati kat kita

Cara berhadapan dengan org yang sakit hati kat kita


Saya mengakui, asal kita maju sikit, lebih sikit, advance sikit, ada orang akan cepat sakit hati, cemburu, menyampah dan geram ngan kita.

Lantas, dia akan mempamerkan rasa sakit hatinya tu (rasa tak suka) di depan kita. Kita tak kacau dia, dia pulak yang sibuk-sibuk nak kacau kerja kita, apa yang kita buat dan semua kelakuan kita. Andai Anda dalam keadaan begini apa nak buat?
Ada dua cara. Cara sejuk dan cara panas.

Cara sejuk, Anda buat donno saja. Buat tak tau saja. Dia sakit hati ngan kita, biarlah dia sakit hati. Sampai bila-bila pun, dia akan terus sakit hati sendiri.

Jika dia lontarkan kata yang pedas-pedas, yang menyindir, biarlah dia lontar, biarkan dia geram sendiri. Anda buat donno saja. Senyum pun boleh juga!.

Ketika menggunakan cara ni, Anda perlu keraskan hati, tebalkan telinga dan tinggikan sabar. Anda mesti LUPAKAN habis kata-kata mulutnya yang menghiris hati Anda, yang memedaskan telinga Anda dan yang menyentap semangat Anda. Lupakan selupa yang mungkin, buang jauh-jauh, sejauh yang mungkin.

Sebab, bila dilayan, motivasi jadi turun dibuatnya. Sukar untuk Anda jadi bermotivasi semula.
Jadi, untuk nak jadi bersemangat tingi, baik lupakan saja. Jangan layan. Anda sendiri yang akan susah bila merasa akibatnya. Tul tak?

Cara panas, bila Anda lawan cakapnya. Cara ni kurang berkesan. Ia boleh membawa pertengkaran yang lebih hebat.

Jika Anda memutuskan untuk menggunakan cara panas, pastikan yang Anda benar-benar dah berjaya, dah kaya, dah ada pengaruh dan ada kehidupan yang mantap, lebih mantap, lebih hebat dari orang yang sakit hati dengan Anda tu.

Bila dia sakit hati sendiri ngan kemajuan Anda, dia akan cepat sedar siapa dia kerana dia banyak ketingggalan berbanding Anda. Last-last, dia akan diam sendiri. Anda pula, semakin maju, semakin berjaya dan semakin berpengaruh.

Orang yang bermotivasi adalah orang yang memilih untuk mengambil yang baik saja, melihat yang baik saja dan mendengar yang baik saja.

Mereka mengelak untuk memikir perkara-perkara yang membuat mereka sakit hati, kerana mereka tahu ia menurunkan motivasi lantas membuat mereka jadi ‘down’ satu hari. Bagaimana dengan Anda?

Hidup perlu kuat, perlu ada visi dan perlu ada matlamat. Anda perlu kuat semangat, kuat kesabaran, kuat usaha.

Untuk menjadi pemenang, Anda perlu berubah menjadi kuat. Mulai hari ini, hijrahkan diri, kasi upgrade dari diri Anda yang kemarin.
Be strong. LiveStrong!

sumber :
http://www.pahangcommunity.com/sosial-isu-semasa-f12/cara-berhadapan-dengan-org-yang-sakit-hati-kat-kita-t1156-15.htm

Cinta Terakhir- by Aiman

kau cinta pertamaku
kau cinta terakhirku
tiada apa yang bisa ku nafikan kasih kita
kau air dimataku

satu antara seribu
tiada antara di dunia
mungkinkan terputus di tengah jalan
mungkinkan terlerai tanpa ikatan
usah ragu dengan takdir

kau air dimataku
satu antara seribu
tiada antara di dunia
mungkinkan terputus di tengah jalan
mungkinkan terlerai tanpa ikatan
usah ragu dengan takdir

mungkin kitakan berbeza haluan
berakhirnya cerita percintaan
segalanya ketentuan tuhan

mungkinkan terputus di tengah jalan
mungkinkan terlerai tanpa ikatan
usah ragu dengan takdir
mungkin kitakan berbeza haluan
berakhirnya cerita percintaan
segalanya...

mungkinkan terputus di tengah jalan
mungkinkan terlerai tanpa ikatan
usah ragu dengan takdir
mungkin kitakan berbeza haluan
berakhirnya cerita percintaan
segalanya ketentuan tuhan

segalanya ketentuan tuhan....



~~:: redha dengan segalanya ::~~

6-5-2010

Salam...
hari ni keje mcm biasa..

tgh cari maklumat tetiba hati ini terasa sakit sangat..
peristiwa itu walaupun sudah berlalu namun br hari nie sakitnya yang amat sangat..
berat dugaan ini untuk aku tanggung bersendirian..
tetapi Allah itu maha adil,
ujian dan dugaan yang datang tandanya DIA sayang pada hambanya ini...

Aduhai hati..yakinlah Allah sentiasa bersama hambaNya yang inginkan cintaNya..

Bukankah keperitan itu juga dari Allah..?

Bukankah kesakitan itu juga dari Allah..?

Bukankah kesempitan itu juga dari Allah..?

Aduhai hati..yakinlah kasih Allah itu kasih sejati..

Aduhai hati..ingatlah, janji Allah janji yang pasti..

Moga kasihNya, menyinari hari-hari y menanti..


"Ya Allah, jauhkan daku dari perasaan tidak yakin terhadap janji2 Mu, Amin"

..::ROSFAIZAH-kamu mampu menghadapinya::..

Erti Sesuap Nasi

nasi

Apakah yang anda fikirkan apabila melihat gambar ini? Anda ingin meneka nasi apakah ini? Harum, sedap, lazat, aroma memikat? Atau anda lebih tertarik dengan bekas polisterin jenama ‘Shang Wei’ ini? Apa yang ingin saya bicarakan bukanlah tentang nasi ini, dari mana ia dibeli, lazat atau tidak, atau tentang kesan polisterin ke atas tubuh badan manusia apabila mengisi makanan panas-panas. Mungkin topik itu akan dibicarakan di lain lembaran.

Di suatu pagi, saya bersantai menikmati segelas teh tarik dan sekeping roti canai di gerai ‘Bonda’, terletak di pasar basah berhampiran rumah saya. Pandangan saya tertumpu kepada satu suasanan yang membuatkan saya terfikir dan tersedu seketika.

Di hadapan saya, di seberang sana, seorang makcik menjual kain selimut terpakai. Walaupun terpakai, di mata saya ia kelihatan cantik dan menarik dengan corak tampalan yang kreatif. Dari kejauhan saya dapat melihat raut wajah beliau yang terkandung seribu makna. Dia duduk meneleku di tepi hamparan selimutnya. Sesekali mendongak kearah pengunjung yang lalu lalang di kawasan pasar. Mulutnya berkata sesuatu sambil menunjuk ke arah barang jualannya. Kemudian dia tunduk sambil menyeka peluh di dahi dengan tudungnya. Suasana semakin panas, matahari semakin meninggi. Saya kira, hasil jualan makcik hari itu belum menjadi lagi.

Hampir setengah jam, saya memerhatikan sahaja gelagat beliau yang tidak putus-putus mempromosikan produknya. Beliau bangun, duduk, mundar-mandir dan sesekali kelihatan mengeluh. Saya cuba membaca riak wajahnya. ‘Kenapalah hari ini belum ada yang hendak membeli? Cuaca semakin panas, kalau tak ada hasil jualan hari ini, nak makan apa? Lepaskah modal nak beli ikan hari ini? Esok nak bayar duit sukan sekolah Zamin. Syiqah pula kena beli buku tambahan. Entah apa-apa cikgu sekolahnya. Dah masuk bulan empat, beli buku lagi. Bil elektrik, air…haii..banyaknya nak bayar ni….’ Itu cuma fantasi saya. Tapi saya percaya, tidak banyak, sedikit pun, pasti ada betulnya.

Betapa sukarnya mencari sesuap nasi. Tidak ada perkara yang mudah dan datang bergolek. Kadang-kadang ibarat ‘kais pagi, makan pagi’. Ada masuk, bolehlah belanja. Ada masanya, langsung tiada hasil. Bukan tidak berusaha, tapi belum rezeki agaknya. Hanya makcik itu sahaja yang tahu apa yang berlegar di fikirannya dan terpendam di dalam hatinya. Saya memandang cebisan terakhir roti canai di dalam pinggan, dan perlahan-lahan mengucapkan syukur kerana masih berpeluang untuk merasai nikmat Allah S.W.T berbanding mereka di luar sana.

Dan kita seharusnya sentiasa bermuhasabah diri, apa yang diperolehi hari ini, belum tentu menjanjikan sesuatu di esok hari. Makcik itu perlahan-lahan bangun melipat kesemua kain selimutnya untuk pulang sahaja. Dan dari kejauhan juga saya dapat melihat, ada titisan air yang mengalir di pipinya. Peluhkah atau airmata?

Penulis : Suriati Johari
Sumber : http://cerita-cerita.net/2010/04/28/erti-sesuap-nasi/


kini keinsafan mula ku rasakan.
nikmat yang ku dapat ku janji tidak akan ku sia-siakan lagi... Insyaallah...

Tuesday, May 4, 2010

==(( KuaTkaN AkU))==

Oh Tuhan kuatkan aku
Untuk lalui jalan hidup ini
Yang ku inginkan selalu ada dalam redhoMu

Berikanlah petunjukMu
Agar diriku tak tersesat
Untuk menuju surga yang telah Kau janjikan


Ampunkan diriku jika
Selama ini hanyalah berbuat dosa
Tak sanggup diriku bila
Di akhir hidupku menanggung siksaMu

Aku hambamu yang lemah, tak sempurna
Berlutut sujud dihadapMu

bErSyUkUR dGn aPE yG aDa