BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, May 11, 2010

Nama Syaitan Dalam Al-Fatihah – Mustahak



Assalamualaikum

Semoga boleh dimanfaatkan Al-Fatihah adalah satu rukun dalam solat,
apabila cacat bacaannya maka rosaklah solat. Oleh itu perbaikilah
bacaannya dengan ilmu tajwid. Bukan setakat bacaannya saja rosak malah
kita menyebut nama syaitan di dalam solat kita. Berikut diperturunkan
nama syaitan laknat yang wujud didalam Al-Fatihah, sekiranya kita tidak
berhati-hati.

Nama syaitan

1. DU LI LAH (bila dibaca tiada sabdu)sepatutnya DULILLAH

2. HIR ROB (bila dibaca dengan sabdu)sepatutnya HI ROB

3. KIYYAU (bila dibaca dengan sabdu)sepatutnya KI YAU

4. KANNAK (bila dibaca dengan sabdu)sepatutnya KA NAK

5. KANNAS (bila dibaca dengan sabdu)sepatutnya KA NAS

6) Iya (disebut tanpa sabdu) sepatutnya Iyya. Iya bermaksud ‘matahari’

Dalam ayat ke 5,jika salah bacaannya akan bermaksud “kepada
mataharilah yang kami sembah dan kepada matahari kami meminta
pertolongan”!!!!

7) SIROTHOLLAZI…………. sehingga habis hendaklah dibaca tanpa
henti di AN-"AMTA-"ALAIYHIM, yakni bermula dari SIROOTHOLLADZII sehingga WALADDHOOOOLLIIIINN. Contoh seperti bacaan Al-Fatihah yang dibaca oleh Syeikh Misyari di side banner sebelah kanan itu.

8) AMIN hendaklah mengaminkan Al-Fatihah dengan betul
iaitu AA…dua harakat, MIN…. 3 harakat, semoga Amin kita
bersamaan dengan Amin malaikat Insya-Allah. semoga kita menjadi
orang yang sentiasa membaiki bacaannya.

Perhatian :

Sebarkan hukum Allah walaupun satu ayat semoga kita mendapat
rahmatNya,

Insya-Allah.

wassalam.


sumber: http://www.omaq.org

0 comments:

bErSyUkUR dGn aPE yG aDa